Buat Gambar Saiz Passport Dengan Photoshop (DIY Yang Menjimatkan!)

Biasanya kalau kita nak masuk universiti atau menghantar sebarang borang permohonan kita akan diminta untuk menyediakan beberapa keping gambar bersaiz passport. Tahukah anda gambar saiz passport adalah sangat mahal sedangkan jika anda print gambar 4R pun baru beberapa sen. Jika print gambar saiz 4R di mesin gambar biasanya kita akan dicaj sebanyak RM1.
Biasanya kedai gambar mengenakan caj sekitar RM12 untuk 4 keping gambar passport. Salinan pun tak dapat. Ada sesetengah kedai caj pelanggan sehingga RM40 untuk softcopy gambar yang diambil. Memanglah cekik darah namanya tu.
Sebenarnya ada cara bagaimana untuk berjimat. Jika 6 keping gambar saiz passport dikedai berharga RM12, tips yang saya beri ni mampu menjimatkan wang anda sebanyak RM11. Anda bukan mendapat 6 keping tetapi 8 keping gambar passport pada harga RM1 sahaja. Anda hanya perlukan beberapa peralatan dan sedikit kemahiran.

TIPS PERSEDIAAN KAMERA KETIKA MENGAMBIL GAMBAR

Peralatan yang perlu ada:
Kamera. Tak perlu kamera mahal-mahal. Kamera handphone pun boleh asalkan mempunyai megapixel yang memadai dan yang lebih penting mampu menghasilkan gambar yang sharp.
Mesti ada komputer dengan perisian yang sesuai
Pendrive. Kalau takde pendrive CD pun boleh. Kalau tak ada CD guna semula memori kad kamera atau handphone.
baju atau kain berwarna biru muda. Kalau tak de carilah kawasan dinding rumah yang berwarna biru muda. Putih atau kuning cair pun ok rasanya. Yang penting bersih
Pisau atau gunting
Jika guna pisau kena ada pembaris.
Kemahiran yang perlu ada:
Adalah terbaik jika anda tahu guna adobe photoshop. Jika tidak carilah software yang boleh buat perkara serupa dengan apa yang saya sampaikan di sini.
Adalah bagus sekiranya anda mempunyai peralatan tambahan berikut:
Tripod
kerusi. Nak bersila pun boleh

Perkara asas yang perlu diberi perhatian dan seterusnya 
Lighting!.. pastikan cahaya cukup. Pastikan ambil gambar ditempat yang terang
Cahaya yang cukup menjadikan gambar anda tidak ada bayang-bayang di bawah atau ditepi. Kalau pakai speedlight caranya ialah tembak flash ke atas.
Jika semua peralatan sudah ada anda sudah boleh mula shoot pastikan gambar diambil sehingga lebih kurang paras dada. Pastikan objek memenuhi 2/3 gambar.
Jika guna kamera cap ayam atau kamera handphone sila gunakan tripod atau letakkan di atas sesuatu. Jika ada remote gunakan remote atau guna self timer. Ini bagi mengelakkan sindrom tangan parkinson anda menyebabkan gambar jadi blur. Jika guna DSLR anda boleh handheld je dengan syarat anda menggunakan aperture dan shutterspeed yang agak laju.  

MULA GUNAKAN PHOTOSHOP...
Canvas Size untuk menghasilkan gambar bersaiz 4R
Kemudian pindahkan gambar yang sudah di ambil ke dalam komputer dan kemudian buka di dalam perisian adobe photoshop. Jika senget anda perlu tegakkan. Jika gelap anda perlu bermain dengan fungsi level.
Anda perlu crop atau resize gambar menjadi saiz tinggi 50mm dan lebarnya 35mm.
kemudian buka New Layer dan pilih Profile : Photo bersaiz 4 x 6 landscape. Ini adalah saiz gambar 4R.
Kemudian dreg atau heret gambar anda ke dalam new canvas tadi.
Duplicate sebanyak 8 keping dan susun elok-elok seperti gambar rajah.
kalau rasa dah puas hati sila savekan ke dalam pendrive anda dengan menggunakan format jpg.
Kemudian pergi kedai gambar atau pasar raya yang ada mesin gambar dan cetak gambar yang anda buat tadi dalam saiz 4R. Bayar RM1 pada kedai atau mesin.
Balik rumah, potong dengan gunting atau pisau.
= SIAP!



//Petikan tutorial daripada www.saifdesign.com 

Comments

  1. Kalau guna microsoft office manager mcm mna nk jdkan gmba byk2 keping?

    ReplyDelete
  2. terima kasih .dapat mempelajari cara buat gambar ukuran passport.(^_^).

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen banyak-banyak pun boleh.