Jadikan Slide Gambar Sebagai Sebuah Montaj

Dah tukar komputer tapi masih setia dengan Corel Video Studio untuk hasilkan montaj segera. Insert gambar dan tulis cerita di atasnya, kemudian masukkan muzik latar sebagai hiasan untuk halwa telinga maka jadilah sebuah file montaj yang kita boleh kongsi dengan rakan-rakan di internet. Cara ni tentulah banyak gambar yang boleh dikongsi dengan cara yang lebih menarik kan.

Ini slide gambar milik Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor yang dihasilkan dengan Corel Video Studio. Cuma sempat ajarkan asas cara guna software sahaja kepada tuan yang meminta montaj ini, harap dia rajin explore dan jadi lebih bagus dari saya. Lepas ni bolehlah simpan pelbagai aktiviti menarik jabatan mereka dalam format video macam ni tentu menarik berbanding selak album gambar saja kan.


Comments