Friday, April 29, 2016

Download Muzik Percuma

Download Apa Hari Ini?
Download muzik percuma pula dari Bensound.com

Boleh terus guna MP3 yang dikongsikan untuk projek montaj dan video
Katanya jangan lupa Credit kepada Bensound.com ok
Selamat berkarya bidang audio-sound pulak!



Kalau nak edit file muzik ni atau nak tambah dengan layer suara korang boleh guna software sound-editor. Yang percuma seperti Audacity dan lain-lain. Dah ada muzik latar dan suara, jadi bolehlah jadi lagu ekspress dah tanpa ada pengetahuan ilmu nota muzik.

Jom sebarkan kebaikan sejagat dengan pelbagai tools multimedia.

Tuesday, March 8, 2016

Download ape hari ni?

Amboi seronok ya download free vector? Kalau dah mahir dengan Adobe Illustrator apa kata anda kongsikan pulak dengan semua peminat vector di dunia ini. Jadi penyumbang pula. Kepada adik-adik yang belajar kursus grafik ni bidang anda masih luas. Khidmat design masih luas dan sangat-sangat diperlukan terutama menghasilkan lukisan dalam format vector. Jadi semakin banyak anda kongsi free kat internet maka anda sebenarnya semakin mahir menggunakan tools illustrator tu dan semakin banyak idea macam bertih jagung pop pop tu. Apabila anda kongsi free di internet secara tak langsung bermakna anda boleh buat marketing free kalau anda tinggalkan sikit note design-by-nama-anda. Tangan pun semakin lembut dengan pen tools tu haha tak kiralah anda lukis pakai mouse aje atau dah invest beli pen tablet. Apa pun selamat berkarya dan hasilkan vector yang baik-baik untuk mencantikkan dunia!! Assalamualaikum Dunia! Cewah.

contoh download key : love, heart shape

download key : love

Thursday, January 14, 2016

Terharu Santai Qaseh Spa semakin maju - jemputlah datang kawan muslimah sekalian

Selamat maju jaya diucapkan kepada pemilik SANTAI QASEH SPA - bernama YAYA - berbisnes hanya dari rumah. Beliau pernah bekerja di kedai spa dan sekarang sudah berumahtangga dan buat satu keputusan yang sangatlah bijak iaitu mengusahakan Homespa untuk muslimah. Pada saya bisnes ini sangat diperlukan zaman sekarang sebab wanita dah semakin kurang pengetahuan menjaga kecantikan diri secara semulajadi terutama kesibukan bekerja dan tinggal jauh dari orang tua untuk mendapatkan macam-macam petua supaya sentiasa sihat dan cantik secara semulajadi. Dengan skill yang beliau dapat dulu dan pengalaman merawat pelbagai masalah pelanggan, menjadikan beliau berani mengambil keputusan menerima tempahan rawatan dan menguruskan keperluan pelanggan sendiri di rumah. Sambil bisnes sambil beramal katanya, sebab puashati dapat bantu masalah wanita. Semakin hari semakin banyak idea beliau untuk mempromosikan perkhidmatan di homespa beliau. 

Ini design bunting asal, hasil buah fikiran kami bersama. Mula-mula memang takde idea pasal nak visualkan homespa, lalu kami gunakan gambar-gambar pasal spa yang free dari internet. Maklumlah tak boleh dedahkan gambar pelanggan, kecuali guna gambar sendiri lah. tapi biarlah orang kenal produk/jenama Santai Qaseh Spa dulu baru kenal pemiliknya hehe. Sekarang ni YAYA semakin kreatif mempromosikan sendiri di Facebook dan sibuklah membalas mesej-mesej PM, Whatsapp. Gitulah trend bisnes sekarang interaksi pakai Handphone je. 

Rasanya kalau nak hantar printing Bunting/Banner kat Shah Alam ni nampak banyak iklan printing murah, masih ada yang kekal RM1 sekaki, ada yang dah naik RM3 sekaki - kalau nak murah biasanya kena order banyak boleh dapat 45sen sekaki.. Tapi untuk membantu usahawan kecil sebegini kena lah cari yang murah dan boleh order sekurang-kurangnya 1 keping. OK teruskan usaha YAYA. Teruskan menyampaikan ilmu tentang penjagaan diri semulajadi tu kepada pelanggan, ramai yang malu bertanya dan tak kurang juga yang tak tahu nak tanya apa. Saya suka orang yang suka berkongsi ilmu. 

Design kecil untuk mudahkan mobile promotion dan dijadikan flyers


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...