Design Tag Urusetia

Design untuk Tag Urusetia biasanya besar. Tapi saya tak suka print sebelah saja dan terus selit ke plastik, ini kerja senang tapi hasilnya kurang menarik dong terutama jika print kertas biasa/lembik (<100mm)
contoh saiz plastik tag urusetia
Contoh di sini, satu kertas A4 dapat 2 keping (aje) sebab saya buat supaya ianya boleh dilipat jadi depan-belakang. So print sekali jalan, potong dan lipat tengah, tak perlu lah nak setting printer depan-belakang :-) Memang cepat pun sebab ini aje idea untuk buat Tag urusetia sehari sebelum kejadian!
Saiz ini untuk digunakan bersama plastik siap dengan saiz kadbod yang diberikan : 94 mm x 141 mm (sempat beli kat kedai seksyen 2 shah alam, tak lama kemudian opis pun order jenis yang sama banyak-banyak..yey)

Design dibuat di Phostoshop menggunakan canvas saiz lebih kurang camni. Sebelum hasilnya boleh di save as JPEG dll untuk pengesahan urusetia dan mula print. 

contoh saiz Canvas design name tag

Tips untuk print gambar saiz original dari komputer ialah jangan gunakan Fit-To-Paper - uncheck ler button ni. Selamat buat tag/pas sendiri :-)
contoh cara Print gambar

Comments