Augmented Reality - Gabungan projek Multimedia terbaik untuk menyelesaikan masalah ruang pameran terhad!

Anda penganjur pameran/expo? Pernah buat pameran? Selalunya ruang pameran terhad kan tapi rasa macam tak cukup ruang nak letak poster, Bunting berdiri, tu belum lagi nak letak banyak rak flyers.

Cuba tengok muzium. Dah cukup besar tapi bahan bersejarah semakin hari semakin banyak jadi bahan sejarah. Setiap barang pula ada ceritanya, tentulah nak dipamerkan cerita semasa pengunjung melihat barang bersejarah. Macam tu semakin banyaklah barang dan teks dalam bentuk poster, buku, risalah masuk. Teknologi Multimedia juga semakin maju. Setiap barang bersejarah pun ada video atau follower sedia ada di media sosial seperti Facebook atau gambar-gambar Instagram berkaitan dengannya. Banyak tu nak tayang kat mana?hmm

Saya dapat idea ni sewaktu membeli coklat picit kegemaran keluarga yg sangatlah legend iaitu choki-choki. Dapat pula koleksi kad Boboiboy. Elok sangatlah memang minat kartun Boboiboy. Mulanya ikut je arahan scan kad untuk permainan Reality. Wah menarik teknologi kad boleh jadi REAL watak Boboiboy tu apabila scan kod yg ada di kad melalui smartphone. Kalau scan dua kad boleh pulak main lawan-lawan. Ada effect kuasa pulak tu. Memang best dan leka kejap dengan teknologi AR baru ni..

Apabila baca balik kad tu dan kaitkan teknologi AR dengan promosi best Boboiboy, terfikir ianya idea baru bagi negaraku tercinta ini. Memang berani promosi mereka dan tepat pada masanya rakyat Malaysia sebagai pengguna smartphone terbesar dan sangat bergantung kehidupan dengan smartphone setiap hari. Rupa-rupanya AR ialah gabungan beberapa teknologi Multimedia yang dibangunkan di sebalik kod pada kad tadi. Di pejabat pula ada pelajar praktikal memang pernah buat projek AR untuk cuba-cuba, jadi saya kagum anak muda ini juga sudah celik-AR. Saya pernah minta dia pun BERANI cadangkan projek AR kepada mana-mana jabatan atau organisasi atau muzium atau penganjur pameran untuk buat AR sebagai platform terbaik pemasaran cerita mereka. Yang bagusnya kekal sebagai bahan pameran walaupun tarikh pameran dah tamat. Bagus tak?

Terutama jabatan kerajaan juga boleh ambil peluang idea AR untuk buat projek promosi perkhidmatan dengan lebih berkesan. Tak perlu sewa ruang pameran besar-besar hanya untuk 2 atau 3 hari..Impaknya AR ni, ruang pameran tak jadi masalah sebab sangat menjimatkan printing dan maklumat disebarkan dengan cara yang LEBIH BERKESAN. Contoh 1 poster yang ada AR-Ready QR code boleh di scan untuk BACA cerita, TONTON video, LIHAT gambar, dan pergi ke website/aplikasi online dengan mudah. 1 untuk banyak bahan digital, kan SMART pameran macam tu. Jadi jika ianya perkara baru bagi anda, sila explore lagi dan mula lah berkenalan dengan teknologi AR melalui pakar new marketing strategy macam choki-choki buat tu. Semoga perkongsian maklumat ni boleh bantu para peniaga atau penganjur pameran yang boring dengan cara setup booth yang sama tapi kos setup booth semakin meningkat. Pengunjung ramai ada smartphone dan mereka juga sudah tak mahu singgah pameran yang bosan dan kaku..jadi gunakan peluang para pengunjung memang dah TECH-READY sebagai sasaran prospek anda jadi rugi kalau tak manfaatkan peluang AR, jadi penganjur pameran kenalah sediakan plaform interaktif dengan pameran yang AR-READY :-)
Wah gitu menongkah arus idea kita ni nak buka minda ketua pengarah di tahun 2017. Bayangkan lagi 10 tahun idea ni akan jadi idea biasa-biasa aje. 

Comments








  1. If you’re going to strap on the same fake watchesevery day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great breitling replica.Theklockor kopior Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz
    cheap jordans , but this rolex replicais because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic omega repliqueindividual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside.
    Buy Cheap air max
    online.



    ReplyDelete

Post a Comment

Komen banyak-banyak pun boleh.