Logo Kempen Amalan 5S

Nampaknya sekarang jabatan tempat saya bekerja sedang berusaha menerapkan amalan persekitaran bersih dengan pendekatan 5S. Semasa diminta design saya mula mencari bahan di internet dan rupanya sudah banyak jabatan, syarikat, universiti amalkan konsep 5S sejak lebih berpuluh tahun lalu. Kami pula baru nak mulakan langkah Kesedaran 5S. Tapi amalan yang baik boleh saja dimulakan bila-bila masa yang penting kesedaran telah bermula dan tugas kita menaikkan semangat kakitangan dengan Design logo, poster, blog. Saya dapati kita boleh buat banyak jenis logo 5S untuk banyakkan jenis kempen. Sebaiknya logo dan kempen dalam Design yang tak berapa formal supaya lebih ceria agar mesej sampai kepada kakitangan yang hari2 dah formal. So ini lah idea awal apa yang dapat dihasilkan dalam beberapa hari ni. Saya harap tak sama dengan mana-mana design, ehe kalau ter-sama minta halalkan lah ya :-) Logo ini pula belum dipersetujui dan untuk tatapan/idea teman-teman saja ya..kalau perlukan format Ai nya boleh Email saya.

Logo
Poster
Blog

Amalan 5S terbaik di MBSA
Ini pendapat saya selepas melawat sendiri ke MBSA dan diberikan taklimat mengenai bagaimana mereka terus menerus terapkan amalan 5S kepada SEMUA kakitangan. MBSA sudah 11 tahun mengamalkannya. Antara resipi kejayaan yang boleh dikongsi ialah menggabungkan jawtankuasa kualiti dan 5S dan latihan berterusan. Saya setuju cara ini sebab 5S hanya sebahagian dari elemen kualiti/iso/audit. Barulah seluruh lapisan pengurusan dan kakitangan bergerak sama.

Comments