Montaj Segera in making..

Bagaimana nak hasilkan montaj majlis pelancaran? (ni versi urusetia majlis yg teratur)
1. sesi brainstorming bagi mendapatkan input utk buat storyboard - jumpa pelanggan
2. draf storyboard - sendiri
3. present storyboard untuk komen - jumpa pelanggan
4. touchup storyboard, buat logo, kumpul bahan : video background, download lagu, edit gambar - sendiri
5. present storyboard baru - jumpa pelanggan
6. mula design effects, edit video, edit, edit, edit macam-macam - sendiri
7. sesuaikan timeline dan ulang test video sampai lebam - sendiri
8. present keseluruhan montaj utk komen dan ulang kerja 7&8 sampai siap




Bagaimana nak hasilkan montaj majlis pelancaran dengan cepat? (ni versi urusetia majlis yg kelam kabut)
Bergantung kepada masa yang ada huhu..Hm katakan kita ada 1 minggu atau paling tertekan contoh 3 hari saja lagi sebelum majlis sebenar! amik kau
1. caranya mula dengan 1, kalau brainstorming pun tak sempat atau tak dipanggil skip je lah 1 sampai 5
2. mula kumpul bahan dari urusetia, kumpul download video dari internet untuk background, lagu dll
3. dan masukkan semua bahan dlm timeline, buatlah syok sendiri ikut template atau contoh di internet/youtube sampai puashati

Software digunakan :-
Video Timeline : SwishMax / Corel Studio
Edit gambar/logo: Adobe illustrator
Edit lagu background : Audacity - atau masuk jer terus dalam timeline tapi crop kat sini berat lah beb
Video converter : Aiseesoft Total Video Converter


Cerita di ruang lingkup yg lain (otak kan banyak segmen berfungsi dlm 1 masa, so ni segmen nombor patbelas tgh berfikir) : Kerja design selalu dipandang rendah oleh mereka yang tak faham tentang pengurusan masa dan bagaimana remeh kerja-kerja design. Apa yang menjadikan sesebuah karya itu sempurna adalah masa. ya betul tu beb, masa..! Kerana kami ni seorang yg teliti demi nak hasilkan karya yg terbaik utk pelanggan. Nak sekolahkan mereka ni pulak saya sekolah design pun tak pernah pergi. Kalau design poster atau printing material boleh dimaafkan lagi tapi video pun kalau boleh Sila Siapkan Petang Ini jawatankuasa nak tengok dalam mesyuarat..Sebab tu akan terhasilnya video mi segera yg terhasil dari gabungan video cut-and-paste.
Haha boleh kurus si designer kerana kecut perut dan makan mi segera kerana tak sempat nak beratur panjang makan di kantin. kalau di bulan puasa macam ni, perut pun berkeroncong...jangan kata mi segera, rasa macam nak balik segera pun ada. Bersabar dalam pekerjaan memang penting bagi seorang designer sebab kita tak boleh puaskan hati semua orang. Selalunya design akan direject atau perlu ditukar berulang kali sampai pelanggan puashati.

Comments