Montaj segera

Saya takde pc sendiri jadi apa yang office bekalkan itu lah yang dipakai untuk teruskan jugak usaha buat montaj sempena suatu majlis pelancaran.. Nak jimat bajet taknak upah designer luar, so saya gunakan software Corel Video Studio dengan spesifikasi :::::::::: Notebook HP 4420s dengan RAM 2GB!!!
Baru insert gambar logo dan video countdown dah mula Hang..ada error "..RAM not enough.." wakaka oleh sebab ini juga kategori Montaj Segera, maka tersengguk-sengguk lah saya seperti notebook ni semasa proses Render ketika memasukkan Effect yang sangat simple.
Jeles dengan kawan saya di MBSA yang dibekalkan komputer spek multimedia untuk kerja2 design..tu belum cerita dilengkapkan dengan Tablet untuk tingkatkan skill berkarya..pc dia memang laju dan sempat buka software2 lain seperti After Effect utk buat animate teks sekaligus! Syabas MBSA. Dah lama kami minta pc/mac khas untuk multimedia tapi belum terbuka peluang lagi. Agaknya siapalah saya beri khidmat nasihat..takpe jangan buat ketupat disini, syukur kerana masih diberi kepercayaan walaupun rakan partition asyik diganggu sound effect yang sama berulang kali dek edit part yang sama !

Comments