Backdrop Design - keperluan dulu dan sekarang

"Backdrop" di sini merujuk kepada tajuk majlis yang selalunya diletakkan di pentas utama untuk menunjukkan acara yang sedang berlangsung. Backdrop Blok Huruf masih digunakan untuk pilihan secara manual. Secara manualnya blok-blok huruf dilekatkan pada dinding atau papan yang berada di pentas. Teringat semasa hari kantin sekolah, kami rewang (gotong-royong) sediakan blok huruf yang dibuat dari polisterin yang pelbagai warna. Kalau nak bentuk bunga atau logo sekolah kami kena buat lakaran atas kertas, kemudian tampal atas polisterin, kemudian potong dengan cutter panas. Zaman lakaran kini dah diganti dengan lebih cepat print dari komputer siap warna dan pelbagai Font pula tu.

Backdrop yang paling jelas masakini ialah secara Backdrop Printing iaitu buat Banner besar. Bergantung kepada besar pentas dan sesuai bagi semua acara tak kira di luar dan dalam dewan. Kos buat Banner biasanya dikira ikut RM sekaki, jadi pastikan Designer turun padang ukur pentas kalau nak buat ngam-ngam. Kelebihan Design dengan Ilustrator atau software vector ialah korang boleh buat size kecil sesedap rasa di komputer, kemudian nak print baru diperbesarkan ke size yang dikehendaki. Kiraan mudah 1kaki'=12inci" maka tak perlu buat Document Size sampai 20kaki' semata-mata tak mahu teks dan logo pecah. :-) Tulisan yang pecah ialah ibarat kegagalan penganjuran majlis itu kerana ia merosakkan visual utama majlis. Design secara vector juga membolehkan design yang sama digunakan berulang kali untuk design pelbagai guna supaya seragamkan banner, bunting, buku aturcara, flyers, poster, tshirt dll.

Pilihan Backdrop elektronik yang ditayangkan ke skrin menggunakan projektor menjadi pilihan bagi majlis di dalam dewan. Ia dipilih kerana menjimatkan masa dan menyelamatkan penganjur jika ada perubahan teks atau logo pada Backdrop yang boleh di-edit pada saat akhir. Dikesempatan inilah korang sebagai Designer boleh mencari lebih ilmu meluaskan pengalaman buat rekaan Backdrop elektronik bagi majlis rasmi dan biasa.

Software pro dan amatur bergantung kepada kreativiti korang. Saya suka sediakan bahan akhir Backdrop menggunakan Powerpoint terkini (contoh sekarang 2010) sebab selepas diberikan kepada penganjur mereka boleh edit sendiri bahagian teks seperti aturcara atau ada nama orang yang perlu diubah saat akhir "pada hari kejadian". Hanya rekaan muka depan dan slide master sahaja yang perlu lebih sikit kreativiti yang biasanya perlukan bantuan Designer sebab biasanya ada libatkan design teks dari Ilustrator supaya lain dari template sedia ada.

Pengalaman menyediakan Backdrop juga sebenarnya tidak terhad kepada Design tetapi korang perlu tahu aspek teknikal jenis size dan jenis skrin, kejelasan projektor dan berapa banyak Display perlu disediakan. Di pejabat negeri selangor, kami perlu pikul sendiri skrin dan projektor kalau tiada sewaan luar untuk sediakan Backdrop. Begitulah pentingnya Backdrop dalam sesebuah majlis kan. Begitu jugalah pentingnya orang ICT yang gagah perkasa dan kuat semangat membantu pelbagai kehendak penganjur majlis. Mujur dah ada Technician ICT lelaki. Teringat zaman tahun 2000an 3 dara terkedek-kedek pikul laptop, skrin dan projektor besar. Zaman tu lebih jelas Lumens lebih besarlah projektornya. Memang control ayu ajelah mengawal pernafasan..janji majlis berjalan lancar! ehehe. Sekarang dah ada technician lelaki yang boleh diharap, syukur kami dah boleh betul-betul control ayu tolong tolak troli dan gulung cable aje. Ayu ker..jangan mara :-)

Comments