Backdrop Powerpoint Tidak Lagi Statik Dengan Video Background

Kalau korang bosan menatap Backdrop statik ketika majlis berlangsung (terutama menunggu ucapan panjang :-) apa kata hias Backdrop yang selama ini statik dengan memasukkan elemen video loop supaya ada sikit elemen "bergerak" pada slide tu. Penganjur pun boleh buat sendiri tanpa bantuan Designer multimedia kerana dengan Powerpoint 2010 ia lebih mudah disediakan.
Caranya :
1. Download video pendek yang sesuai diulang (loop) dari youtube contohnya dengan keyword "free loop video background"
2. Buka slide powerpoint yang sudah diseiakan teks tajuk majlis
3. Masukkan video dengan menu Insert>Video>Video from File..
4. Pastikan letak video di belakang sekali (Send To Back atau Send Backward)
5. Klik imej movie dan lihat ada 2 lagi menu khas untuk Video Tools iaitu "Format" & "Playback"
6. Katakan kita set 2 perkara pada menu "Playback", iaitu "Start:Automatically" dan "Loop Until Stopped"
7. Cuba hasilnya. Sama macam disediakan dengan Flash kan, Suka?

Apa kegunaan menu khas "Format" dan "Playback" kepada video?
Beza 2007 dahulu ialah boleh masukkan Movie dan control playback sahaja. Dengan 2010 ciri ini dihebatkan lagi kerana boleh gunakan menu seperti edit gambar untuk video juga, iaitu boleh Recolor video, brightness & contrast dan potong video dari dalam powerpoint (ada tool Trim Video).

Ini contoh video backdrop. Video asal berwarna merah telah Recolor menjadi biru :-)
Semoga panduan ini berguna kepada semua.

video

Comments

  1. terima kasih.baru jumpa hari nie.tak try lagi yang 2007 tak boleh kan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen banyak-banyak pun boleh.