Blog Kelab SUK Jadi Popular Kerana Banyak Post Terkini

Nama Blog : Kelab SUK Selangor
Alamat : kelabsuk.blogspot.com

Cerita sikit mengenai kesan positif hasil kejayaan Blog menarik kepunyaan Kelab SUK Selangor. Kalau nak dibuat pertandingan saya berikan pemenang penulis paling banyak Post kepada Puan Halijah, staff di bahagian khidmat pelanggan yang juga AJK kecil biro agama, yang sentiasa masukkan Post atau cerita mengenai Kuliah Zohor terkini. Tabik spring kepadanya kerana beliau mengalahkan AJK lain yang lebih muda menghantar Post. Hasilnya Blog nampak sentiasa terkini kerana ahli boleh mengikuti bila tarikh kuliah zohor akan datang. Hasilnya juga menyebabkan ada pembaca Blog yang mengikuti perkembangan aktiviti Kelab SUK Selangor dan tak kurang juga ada caller, emel dari bukan ahli ingin tahu jika mereka boleh jadi ahli kerana kelab sangat aktif. Tahniah lah ye kepada team biro agama juga. Setakat ni saya dan Kak Lijah penulis setia, sambil teks dan gambar ceritanya dibantu puan setiausaha, puan biro lawatan dan ajk lain berikan semasa meeting. Saya nak tolong cover biro lain tak sempat lah nak join mereka ambil gambar bersukan/ber-bowling lepas waktu pejabat. Janganlah sampai lupa login dan password yang pernah diberikan, atau masih takut-takut nak menulis secara live di Blog kot? Ish malu kat Kak Lijah. Ker tahun ni nak kena buat kelas cara update Blog lagi..hmm nanti usulkan masa meeting dengan pengerusi yer insyaAllah saya boleh mengajar lagi lepas balik cuti bersalin bulan 7 nanti..

Comments