Kenali Blog Homestay Air Manis

Nama blog : Homestay Air Manis
Alamat : homestayairmanis.blogspot.com
Dimulakan sejak 2008

Inilah anak didik Blog saya yang berjaya, mereka ialah team yang bersemangat dan berada di belakang perjuangan Homestay Air Manis, iaitu sebuah Homestay di Sabak Bernam, Selangor. Encik Subani, tuan pengusahanya datang ke pejabat dan bertanyakan tentang mencipta laman web untuk memperkenalkan Homestay mereka. Saya berikan idea kepadanya supaya ciptakan Blog kerana ia ada yang percuma dan senang sangat nak update pengumuman atau cerita. Secara jujurnya saya ceritakan kebanyakan laman web tak berjaya kerana perlu kos ulangan setiap tahun dan upah kepakaran, atau lebih malang lagi kalau syarikat tutup dan terlupa bayar Domain Hosting kita. Sedangkan dengan perkhidmatan percuma dari Blogspot tentu sahaja anak-anak dan staff beliau mudah saja berkongsi gambar, cerita dan pakej menarik. Tambahan pula enjin carian seperti Google senang saja jumpa carian homestay kerana sudah ada banyak teks carian hasil dari cerita yang disiarkan.

Tanpa membuang masa beliau datang bersama pembantu dan kami pun buat sesi belajar face-to-face. Yang bagusnya sekali ajar sahaja mereka dah dapat idea untuk meletakkan pelbagai cerita bergambar tentang aktiviti yang pernah dijalankan. Betul tu, Blog umpama sebuah jurnal atau diari, jadi ceritakan kepada segenap pelusuk dunia apa aktiviti menarik yang pelancong dalam dan luar negeri boleh buat di kampung Air Manis yang indah dan happening tu :-)

Dengan bermula beberapa gambar sejak 2008, kini Blog mereka terus aktif. Nampaknya mereka semakin giat promosi dengan Facebook dan lain-lain kemudahan. Alhamdulillah, mereka sudah pandai memanfaatkan kemudahan internet semasa untuk memajukan bisnes. Semoga Encik Subani dan team terus maju jaya :-)

Comments