Green IT - Teknologi IT Yang Hijau

Green IT ialah kempen pengurusan dan penggunaan barangan teknologi maklumat (IT) yang boleh membantu dalam menyelamatkan alam sekitar. Apa yang ingin dijimatkan ialah TENAGA, KERTAS, KUALITI UDARA, DLL. Asas menjaga alam sekitar adalah sama.

Paling penting ialah PENGURUSAN TEKNOLOGI itu sendiri kerana jika semua peringkat pengurusan dan pelaksana tak ready maka sebab itulah Green IT masih tak boleh direalisasikan.
Contoh paling mudah ialah kempen paperless (tiada-kertas) suatu masa dulu sukar dilaksanakan kerana masih ada keperluan untuk printing/kertas jadi sebab itu realitinya jadi paper-less (kurang-kertas), cuma sekurang-kurangnya kita sudah berusaha mengurangkan kertas. Mungkin hanya apabila kita mengambil iktibar dari bencana alam seperti Tsunami yang berlaku ke atas Acheh, Jepun dll yang mana kemusnahan adalah termasuk data-data penting yang di atas kertas!

Kita masih berusaha ke arah bertukar ke minda technology-oriented menyebabkan adanya usaha Change Management di peringkat jabatan kerajaan diketuai oleh MAMPU dan anggotanya terdiri dari pakar industri (MSC) dan kerajaan. Cerita lebih lanjut mengenai usaha Change Management boleh diikuti di bawah projek kebangsaan "E-KL" - sini http://www.mscmalaysia.my/change_management Semoga berjaya. Bukan mudah untuk menyesuaikan workflow sebenar dengan workflow system/application dan bukan mudah melaksanakan E-Kerajaan sepenuhnya kerana banyak kekangan seperti data security, policies dll. Cuma kita mampu kagum dan masih belajar bagaimana negara2 lain melaksanakan E-Kerajaan yang kita boleh tengok hasilnya dengan sekali pandang di portal utama negara mereka. Contoh yang selalu dijadikan panduan : singapore, hongkong, us, dll.

Comments