Leka pilih pilih free vector

Asalnya nak cari vector untuk background banner/promosi dengan tema "technology" dan apabila singgah di http://www.freevector.com saya memang leka seketika..atau lama..hehe..biasalah internet ni semakin kita cari semakin banyak hyperlink pilihan dengan bantuan kata kunci carian yang kita gunakan kerana setiap vector sudah di-Tag untuk padan dengan carian kita.

contoh tempat mencari free vector


Macam-macam orang Post benda free dan yang best sekali semakin ramai yang tolong Post vector free :-) Ops jangan tak perasan pula ada hyperlink kepada iklan vector berbayar atau download berbayar, seperti Shutterstock dan premium download dll..
Tipsnya kalau klik download terus dapat ".rar" file maknanya terus dapat lah vector korang, kalau pergi ke web lain silakan baca dulu terma dan syaratnya sama ada kena bayar atau kena daftar ya :-)

contoh pilihan untuk download vector - nak  yang free atau berbayar

Contoh selepas download, akan dapat zip file seperti .rar ini (ehe dah kata..sekali download banyak vector file dapat, kan..)

senarai folder (rar atau zip) yang berjaya download


Mari kita intai apa dalam folder tu..yang penting ada file format Ai atau EPS untuk kita edit :-)
Ok setakat ini dulu. Teruskan edit free vector korang :-)

Comments