Tips SYNDICATION untuk update sekali aje di blog DAN terus ke Facebook - guna Networkedblog

Kenali aplikasi menarik ini Networkedblog - iaitu update Blog DAN terus ke FB atau Twitter secara automatik!! Wah betul-betul work smart kan.
Teknologi menyiarkan Post secara automatik ke tempat lain ini dipanggil Syndication. Teknologi ini lebih kurang sama dengan cara emel terbaru yang boleh dibaca secara serentak dari komputer atau dari handphone. Kadang2 orang panggil Synchronization (pun dipendekkan lagi dah tinggal Sync)
untuk jadikan keje korang lebih pintar..Teknologi ini juga digunakan di kebanyakan website dengan menggunakan RSS (Really Simple Syndication) bertujuan supaya sebarang content terkini sampai kepada pelawat yang melanggan RSS Feed mereka, jadi, ringkasnya, ziarah satu kali dapat informasi berterusan (cewah buatlah kefahaman ikut suka korang asalkan faham)
Berbalik kepada Blog, oleh kerana content terkini (yang dianggap penting) di Blog dipanggil Post, maka aplikasi ini akan menyiarkan Post terkini korang ke FB atau Twitter yang korang sasarkan (target).

TUTORIAL (ringkas) CARA PASANG NETWORKEDBLOG DARI FACEBOOK
1. Register A Blog
2. Confirmed As Author
3. Install Widget di Blog asal
4. Syndication

------
Nota : Buka Facebook dan cari Networkedblog (aplikasi) dan masuk ke page/websitenya.
------

1. Untuk mulakan, dari FB korang cari Networkedblog dan masuk website mereka ni. Di bahagian atas gunakan menu "Register a Blog"

2. Selepas masukkan URL blog korang akan jumpa "Next Step:Get Confirmed as the author". Ini sebagai persetujuan tuan tanah punya blog memberi izin aplikasi ini mengambil Post terbaru dan lain-lain maklumat peribadi. Ada 2 cara sama ada nak minta kenalan kita sahkan "Ask friends to confirm you" atau "Install the widget". Mari cuba gunakan klik Install the widget

3. Copy code yang diberikan
4. Login Blog korang, dan masuk pada Blog Layout, buat widget HTML yang baru untuk paste script

5. Paste (CTRL+V) script tadi ke widget HTML
6. Copy (CTRL+C) script yang diberikan
7. Ini ialah paparan Dashboard bagi pengguna aplikasi Networkedblog

8. Klik Syndication

9. Pilih blog mana dan Target nak siarkan ke mana (Facebook atau Twitter)
10. Pilih (Add) account FB atau Twitter yang mana. Boleh Add banyak
11. Akhir sekali pastikan ada tanda Done!

Amacam berjaya tak? Kalau perlukan bimbingan/tunjuk ajar boleh tinggalkan mesej/PM fb saya: rosnah miskan :-) Perlukan kelas? pun boleh arrange, insyaAllah.

Comments