Buat Gambar Panorama Dengan Photoshop

Selalunya kita terfikir untuk menghasilkan gambar panorama tentunya mesti ada lensa kamera tertentu seperti Wide-Angle Lens, atau smartphone App atau lain2 gajet canggih. Dengan komputer, gambar-gambar juga boleh dicantum menjadi gambar panorama tunggal, atau dalam grafik disebut Photo Stitching (menjahit gambar). Di sini saya kongsi cara buat  dengan Photoshop, tapi kalau ada yang nak cuba free software yang lebih mudah dan friendly pun ada, contohnya Hugin dll bole cari free atau berbayar. Smartphone seperti iPhone juga sudah dilengkapi aplikasi  untuk membuat panorama (contohnya boleh dapatkan 360cities dari App Store dll). Gambar pemandangan, kawasan lapang, jambatan dan lain-lain tentunya lebih menarik dijadikan panorama.

Di sini saya nak cantumkan 2 gambar Rumah Kelab yang satunya ada bumbung lobi penuh dan satu lagi ada kelihatan bumbung separuh dengan penghujung bangunan. Hasilnya saya nak supaya orang nampak gambar keseluruhan / panjang sebenar bangunan kelab ini.

gambar 1
gambar 2



Gambar Rumah Kelab SUK dengan hasil panorama

1. Buka Photoshop
2. Pilih File > Automate > Photomerge

 3. Pilih gambar-gambar yang diperlukan dengan menu Browse..

 4. Jangan lupa Check/tanda : Blend images together


5. Tekan OK. Photoshop akan memproses gambar-gambar korang. Tunggu seketika..
6. Satu New File akan dicipta, biasanya dengan Untitle Panorama


7. Boleh select dan crop bahagian tengah yang diperlukan sahaja


8. Dah siap. Touch up Brightness/Level/ atau lain-lain jika perlu. Simpan hasil karya korang

Untuk berkongsi hasil karya panorama korang boleh upload di Panoramio atau 360cities cewah selamat join community baru. Upload sini dan letakkan tag untuk Google-Earth sekali di menu sedia ada. Tujuannya supaya orang yang buka Google-Earth dan sampai kat peta Malaysia akan tahu korang yang upload gambar tu :-)
Suka?

Comments