Makan Gaji Tapi Kaya



Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita dapat membuka mata dan melakukan rutin harian iaitu BEKERJA MAKAN GAJI demi meneruskan tanggungjawab kepada keluarga dan negara. Amboi kerja makan gaji pun bersemangat nak cerita tanggungjawab kepada negara kan. Terutama apabila Lahad Datu diceroboh rasa macam nak turut angkat senapang. Kalau ada yang tak rasa apa-apa semangat saya tak tahulah mereka kerana kita sudah terlalu lama berada dalam keadaan selesa dan pendidikan kita pun banyak dijajah menyebabkan mata pelajaran Sejarah kurang meninggalkan kesan pada diri sesetengah kita. Gaya hidup dan panduan pula lebih berpaksikan televisyen dan hiburan. Hanya lewat ini kedengaran rombakan sistem pelajaran sering diubahsuai seolah-olah sedang mencari kembali identiti dan acuan bangsa kita. Semoga negara kita dipelihara aman dan diberkati Allah Yang Maha Kuasa.

Tepuk dada tanya iman, sesungguhnya kewujudan kita di dunia ini bukan untuk bekerja makan gaji atau kaya berjaya seorang diri tetapi sebagai khalifah yang mewakili umat paling hebat sepanjang zaman iaitu umat Islam meneruskan perjuangan membina lebih ramai umat yang berjaya, sambil setiap hari mencari keredhaan Allah. Tak perlu pandang jauh sangat, lihatlah ahli keluarga kita sendiri ada yang lebih susah dari kita. Bagaimana kita nak membantu? Bantu duit sekali sahaja (one-off=habis) tapi bantu dengan ilmu mengurus kewangan seperti bagaimana menyimpan emas perak adalah berterusan (dan menjadikan saudara kita lebih bijak).

Kita nampak ruang dan peluang bahawa perniagaan ialah punca rezeki yang lebih luas dan boleh meningkatkan pendapatan, lalu kita khabarkan kepada mereka, tetapi apabila diajak berniaga ada sahaja alasan tak mahu kerana alasan MASIH KERJA MAKAN GAJI iaitu tak ada duit untuk modal, tiada masa dan sebagainya, lalu sampai bila pula mereka nak bekerja makan gaji dan cukup-cukup makan setiap bulan. Walaupun si makan gaji buat-buat selesa, hakikatnya mereka juga berangan nak menambah pendapatan demi masa depan keluarga. Mari kita lihat sudut yang POSITIF. Sebenarnya ada kelebihan kerja makan gaji iaitu boleh merancang pelaburan secara BULANAN.

Petikan dari Buku "Makan Gaji Tapi Kaya" terbitan PTS : "Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka". Buku ini harganya sangat berpatutan dan mudah difahami, ciptaan sepenuhnya Buatan Malaysia, saya juga syorkan belilah ILMU ini hari ini. Ada perjuangan Memandaikan Bangsa yang saya suka tentang penerbit buku ini. Ingat, berkawan dengan buku yang baik akan menjadikan kita yang terbaik. 

Penulisnya cuba membuka minda kita supaya MENAMBAH NILAI pada duit yang kita dapat setiap bulan. Contoh yang diberikan ialah ASET hartanah. Ya, saya setuju dan itu yang sepatutnya bangsa kita miliki lebih banyak di bumi Malaysia yang bertuah ini. Tapi ilmu menyimpan aset sebagai kekayaan telah dipadam dari lembaran buku sekolah menyebabkan kita disuruh bekerja untuk MENYIMPAN DUIT. Lalu kita juga disogok dengan kerjaya makan gaji paling lumayan sebagai cita-cita yang disematkan sejak kecil. Maka haluan kita disempitkan dan saya adalah contoh keladak yang dihasilkan dari penjajahan minda ini.  Kesedaran MENYIMPAN ASET hanya diketahui selepas beberapa tahun bekerja. Dan sekarang saya ingin menyampaikan ilmu pengetahuan ini kepada generasi muda seawal yang boleh supaya anak bangsa lebih awal tahu ke mana hala tujuan hidup mereka dan apa tanggungjawab mereka di bumi Tuhan ini. Selepas membaca buku sebegini, kita akan lebih menghargai peluang memiliki ASET seperti HARTANAH, EMAS, PERAK sebagai simpanan sebenar. Jadi mulakan langkah menukar simpanan duit kertas kepada aset yang mampu kita miliki setiap kali gaji semudah 1 GRAM EMAS 1 BULAN bagi menggantikan duit kertas yang akhirnya hanyalah kertas yang boleh dikoyak (tiada nilainya) bila-bila masa oleh penjajah ekonomi dunia. Sampai bertemu lagi. Boleh PM/Wasap saya jika ingin HARGA 1 GRAM HARI INI. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat.

LINK BERGUNA : SHOPPING HARGA LIVE! EMAS PERAK : www.gsr2u.com.my/wangdinaremas
LINK PENTING : ILMU KELEBIHAN EMAS PERAK : www.emasborong.com

Comments