Tips bisnes hari ini: belajar belajar belajar

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Ada antara kita yang baru nak memulakan bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Mungkin juga ada antara kita yang baru nak bangkit dari kegagalan tahun lalu. Apa pun saya ucapkan tahniah kerana korang masih dapat berdiri semula dan sanggup keluar dari zon selesa demi berjuang masa depan anak bangsa. Tips bisnes pertama hari ini ialah "belajar". Walau sehebat mana produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan, carilah ilmu lebih mendalam mengenai produk, marketing dan sentiasa kembali pada asas iaitu apa itu bisnes! Ilmu lah yang membezakan seseorang yang berjaya dengan yang gagal dalam perniagaan yang sama. Ilmu lah yang menyebabkan rentak "sale" seseorang berbeza "masyuknya" walaupun berniaga produk yang sama.

Tujuan saya berkongsi tips bisnes di sini kerana dengan harapan ilmu saya akan sampai kepada sesiapa, yang mungkin jauh atau segan nak bertanya..ada ramai kawan dan kenalan dari pelbagai latar belakang, dari macam-macam bisnes single-level ker, multi-level ker, skim ker, trader ker (haha..)

Berbalik kepada topik belajar, sesungguhnya berkaitan dengan ajaran Islam yang memang menggalakkan umatnya membudayakan budaya menuntut ilmu secara berterusan sepanjang hayat. Kita patut bersyukur dikurniakan pancaindera yang membolehkan kita membaca, menulis dan berfikir dengan baik. Saya selalu suka kenyataan ini : Orang yang berjaya boleh dilihat dari Buku apa yang dibaca dan Dengan Siapa dia berkawan. Carilah mana-mana buku atau kursus motivasi atau artikel dari internet mengenai bisnes akan jumpa 2 tips mudah ini. Sama-sama kita juga fikirkan dan mula bertindak. Mana-mana contoh kejayaan boleh diCopy untuk panduan..tapi bukan tiru Copy&Paste tapi disarankan "Copy & Develop" (sama macam design lah korang copy grafik dari internet tapi ubahlah ikut kreativiti barulah sentiasa dapat Develop skill korang)

1. Buku apa yang dibaca : Maksudnya carilah ilmu yang dapat meningkatkan pengetahuan korang tak kira berbentuk buku bercetak atau buku digital. Tapi kalau perasan baca buku bercetak lebih mudah dikepit ke mana-mana dan boleh selalu rujuk jika perlu ingat semula. Jadi jangan lokek beli buku yang bagus ya.
- Berkaitan produk dan syarikat
- Ilmu marketing asas dan online marketing
- Ilmu ICT - blog, internet, facebook personal dan facebook page
- Lain-lain bahan bacaan yang positif ya

2. Dengan Siapa dia berkawan : Maksudnya kita akan lebih mudah berjaya apabila mempunyai kenalan-kenalan yang positif dan berjaya. Belajarlah dari ilmu dan skill (teknik bisnes dan softskill) yang mereka ada. Semakin ramai kenalan yang positif, semakin kita pun menyerlah kehebatan. Jadi ciptakan suasana positif korang ya.

Selanjutnya, jika ingin kaya dan berjaya : Mulakan azam sekarang. Saya ada pelbagai ilmu online marketing, tips simpanan emas perak jalan yang betul barakah dan tips facebook melonjakkan bisnes. Hubungi SMS/Whatsappp:016-2484633
----Daftar online percuma untuk peluang hadir ke majlis ilmu percuma : seminar 2 jam kepentingan simpanan emas perak di daerah anda : www.gsr2u.com.my/wangdinaremas----
Wassalam.

Comments