Bisnes Coklat Homemade Bukan Lagi Rahsia

Selamat pagi. Masih lagi meniti Ramadhan yang mulia. Teringat nak buat cerita tentang seorang lagi rakan yang rajin dalam memajukan diri kerana semakin berani menerima tempahan kek dan coklat buatan sendiri atau sekarang lebih popular disebut sebagai Homemade..iaitu ditempah istimewa bukan seperti kedai yang sedia ada. Tempahan kek dan coklat hasil air tangan Puan Norfaeza Zaini bukan lagi rahsia. Bukannya dia nak rahsiakan tapi sebelum ini dia ni pemalu orangnya, saya beriya-iya suruh dia ambil gambar dan mula buat Blog sebab rugi kalau tak diabadikan hasil kerjanya yang cantik dan mula promosikan skil yang ada. Sekarang lagilah sedap sebab dah terlebih banyak eksperimen kek dan coklatnya.
Header Blog ini bersaiz 900 x 250 pixel dibuat khas untuk tokey Chococheezydelights

Ha inilah rupa Blog bisnes homemade dia, dinamakan chococheezydelights.blogspot.com semakin banyak Post semakin ramai pengunjung, dan semoga semakin banyak tempahan. Template Blog yang digunakan diambil dari pilihan yang ada di http://thecutestblogontheblock.com/ korang pun boleh pilih yang cantik2, yang bunga2 sesuai la untuk bisnes masak memasak, jahit menjahit sebegini. Ikut je simple step yang disertakan dalam website tu tentang cara nak letakkan template dalam blog korang.

Alhamdulilah walaupun saya tak tolong dia buat kek atau coklat tapi saya pun tumpang bangga kerana dia kini sudah pandai berbisnes secara online. Tahniah juga kerana mendapat sokongan suami tersayang dalam meneruskan cita2 yang suci murni ni (tahniah sekali lagi sebab pasangan ni masih pengantin baru). Semoga korang berdua sepakat dalam rumahtangga, manalah tau boleh buka bakeri sendiri. Jangan lupa, hasil keuntungan diasingkan dan disimpan dalam bentuk emas tulen, tentu lebih bernilai dan boleh membantu jadi modal buka kedai tu besok, tak perlu buat pinjaman konvensional ya (untuk elakkan riba..supaya lebih berkat) :-)

Comments