Kepentingan Blog Untuk Promosi Kuih Raya

Salam Ramadhan. Wah baru masuk 13 hari berpuasa sudah meriah jualan hari raya di sana sini. Hah apa cerita tempahan  kuih raya korang? Banyak dapat order atau masih berusaha keras mempromosikan kepada kawan2, jiran tetangga? Kalau yang sudah "Celik Blog" tentu sudah banyak tempahan kerana promosi kuih raya mereka boleh dicari bila2 masa. Inilah kuasa internet, terbaik dan percuma untuk pemasaran bisnes apa pun. Jangan lupa terus menerus hantar Post baru ya tentu ada sahaja yang akan membaca cerita korang tu. Kepada kawan2 yang baru mencipta Blog seperti kawan saya ni zarinizainun.blogspot.com dengan produk keluarganya yang sentiasa mendapat tempahan tak kira masa iaitu Simpul Kasih Cik Purah, jangan jemu buat Post mengenai produk korang tu ya.
Banner Promosi Produk/Bisnes saiz 250 x 300 pixel untuk tempahan

Haha bila lagi nak promosi bisnes kawan2 iye tak. Lagipun mereka sekeluarga memang rajin dan sama-sama membantu ibu mereka dalam proses pembikinan simpul kasih yang hasilnya kemas, rangup dan sedap! Mudah-mudahan rezeki mereka sekeluarga bertambah dan semoga bisnes kecil-kecilan ini jadi bisnes yang lebih serius dan maju. Begitu juga adik beradik, kawan2, saudara mara di mana juga korang berada dan apa juga bisnes korang, bersiaplah pasang Blog juga supaya saya dan prospek di alam internet ini sentiasa boleh follow perkembangan bisnes korang. Ingat ya, siapa berusaha dia yang beruntung (tengok TV Alhijrah ambil inspirasi dan semangat berniaga dalam rancangan Man jadda wa jadda)
Mari tinggalkan kongsi alamat Blog bisnes korang dalam ruangan komen di sini..bolehlah jadi direktori iks untuk rujukan semua yang lain :-)

Comments