Pembekal Kuih Tiram Sepanjang Masa

Salam bahagia. Seronok dapat sama-sama promosikan bisnes keluarga dan kawan2 dalam blog sendiri. OK kali ni nak cuba mengambil tempahan Kuih Tiram yang rangup dengan harga tawaran sempena Raya 2013 ialah RM18 bagi satu bekas (setengah kilogram). Lihat gambar bekas ini muat setengah kilogram. Kepada yang mahukan saiz kuih tiram yang rangup dan puas makan, silalah buat tempahan dengan menyatakan nama, bilangan dan lokasi. Boleh SMS/Whatsapp jer 016-2484633. Nanti kita akan bagitau nombor akaun untuk bayaran dan proses seterusnya. Oh ya tempahan dibuka sepanjang masa tak kira sempena bulan puasa, bulan raya, kenduri kendara, atau sekadar nak hidangan snek tradisional di kala minum petang bersama keluarga tersayang. Cewah bukannya apa, nak kempen supaya anak-anak kita dibiasakan semula dengan makanan tradisi yang sebenarnya lebih sihat daripada jajan yang selalu keluar kat iklan TV tu..terlalu banyak warna dan bahan pengawet yang takutnya nanti boleh "mengeraskan" hati. Jadi ini hanya salah satu contoh makanan tradisi yang kita boleh sajikan sebagai makanan ringan ya. Cuba dulu ok.

Web-banner promosi kuih tiram bersaiz 250 x 300 pixel

Comments