Ramadhan dan waktu lapang - membuat sampul duit raya sendiri

Salam bahagia. Sempena bulan RAMADHAN 2013 yang bakal tiba..tentu dah terbayang banyak masa lapang kerana selama ini banyak mengisi masa-masa itu dengan MAKAN berat, MAKAN ringan, teringin MAKAN itu ini, MAKAN, MAKAN..ehe saja kasi gempak sikit ayat kerana wanita bekerja yang menyusukan anak memang laparnya luar biasa. Jadi peringatan kepada saya juga supaya mengisi masa lapang tersebut dengan lebih berfaedah, banyak berzikir, join tadarus dan lain-lain. Tentu tempat kerja kita ada anjurkan banyak aktiviti semasa waktu rehat Zohor dan hari Jumaat. OK antara aktiviti lain yang boleh juga dibuat ialah membuat sendiri SAMPUL DUIT RAYA 2013. Kalau suka boleh Download contoh template kat sini dan EDIT sendiri letaklah teks "Selamat Hari Raya Dari Keluarga Azuwan & Rosnah" atau lain-lain. Apa yang perlu dibuat?

Template Sampul Duit Raya


1. Design lakaran atau dipanggil Outline untuk kita potong keliling (Download template PSD)

2. EDIT design ini menggunakan Photoshop jika perlu (format PSD)
- Boleh tukar teks, background image atau tambah tulisan jawi Hari Raya/Syawal yang cantik. Kat mana nak dapat kaligrafi yang cantik? sini pun ada atau cari melalui images.google.com dengan teks "vector kaligrafi raya" kemudian pilihlah yang bayar ke yang free..ya saya gunakan kaligrafi yang cantik dari Vectorise
- Boleh letak nama sendiri, nama keluarga atau persatuan atau syarikat kat mana-mana bahagian yang terbaik, supaya pemberian lebih bermakna sambil2 buat marketing ehe (terbaik kan!)

3. Print color atas paper yang sesuai - terpulang atas A4 biasa pun boleh, atas paper glossy pun lagi ok macam kualiti tempah kat kedai kan ehe..test dulu paper yang dibeli tu sesuai tak dengan ink printer ya.
- Kalau rasa nak cantik lagi boleh hantar print ke kedai..surveylah harga sendiri ya sebab tentu nak buat banyak2 kan

4. Potong ikut Outline yang telah berjaya kita design tadi. 

5. Lipat ikut garisan yang diperlukan

6. Gamkan kawasan yang diperlukan. Jangan gam kat bentuk penutup sudah :-)

7. Biar kering

8. Test muat tak duit korang? Ejas lagi kalau perlu ya, maklumlah Design yang diberikan sekadar panduan dan mungkin korang lebih kreatif dan nak ejas saiz kasi besar sikit kut nak masuk note 50 ker ehe. Selamat meng-ejas ikut kreativiti ya :-)

Hah macam kelas KRAFTANGAN pulak kan. Tentu pemberian duit raya lebih bermakna kerana dihasilkan dengan  tangan sendiri, boleh letak nama sendiri pulak tu. Selamat berkarya!

Ada ke pengantin baru yang nak order boleh bagitau ya. Maklumlah kalau ada yang nak mengabadikan kenangan tahun ni raya pertama sebagai suami isteri. Boleh tinggalkan komen sini ya.

#Hmm budak zaman sekarang dah terbiasa bukak sampul dapat sekurang-kurangnya SEKEPING seringgit. agak-agak apa yang diorang kata kalau terjumpa SEKEPING 50 sen..mereka belum tahu lagi susah payah mendapatkan seringgit itu kan. Di situlah peranan kita sebagai ibu dan orang yang lebih tua mengajar mereka bersyukur atas apa sahaja yang diterima. Bila nak ajar? Sekaranglah kena ajar sebelum mereka keluar beraya kelak ehehe..setuju! :-)

Comments