Gambar Masjid Negeri Selangor Transparent

Salam sejahtera. Nak simpan cara kerja semasa tolong design kan background pentas untuk majlis raya dan permintaan penganjur supaya ada Masjid Negeri Selangor. Asalnya nak design sepenuhnya dalam format vector tapi mana mungkin sempat nak tracing gambar masjid negeri yang cantik tu sebab susah nak dapatkan gambar high resolution yang free dari internet. Akhirnya crop ajelah (guna Adobe Photoshop) dan adjust sikit supaya format Transparent (dalam format PNG) supaya kita promosikan masjid kebanggaan negeri Selangor ini sebagai ilustrasi yang boleh terapung di atas design kita kelak. Jadi sebagai menyumbang kepada promosi melawat Selangor ehehe boleh lah download hasil gambar masjid transparent ni dengan cara Save As ke komputer korang. Semoga bermanfaat :-)




Gambar masjid ini telah digunakan semasa backdrop jamuan raya Puspanita Selangor pada 6 September 2013. Design akhir backdrop menggunakan Adobe Ilustrator dengan saiz Canvas 9 x 24 inci untuk menghasilkan cetakan sebenar pada saiz 9 x 24 kaki besar. Semua teks dan ilustrasi adalah dalam format vector kecuali masjid tadi (format PNG). Gini ler hasilnya kombinasi ilustrasi bulan dan masjid tadi.


Sempat tangkap gambar semasa kerja memasang backdrop dilakukan oleh geng lelaki..Terima kasih ya encik encik abang. **ops gambarnya belum resize..lain kali upload..

Comments