Inkscape : Cara Send To Back Object

Masih lagi berlatih dengan Software free untuk vector, iaitu Inkscape. Sambil buat rujukan di Inkscape Forum untuk sebarang keyword cara guna sebab mungkin ada shortcut yang berguna untuk digunakan selain mencari di dalam menu dan submenu (kalau jumpa). Bagaimana nak susun objek ke depan atau belakang dalam Layer yang sama? Mula-mula ingatkan klik object dan cuba klik kanan ada pilihan susunan tapi takde. Jadi dengan keyword "send to back" di forum mereka, dipertemukan dengan panduan yang mudah untuk susun objek. Jadi ringkasnya di sini, klik pada objek dan tekan butang keyboard yang diperlukan iaitu :-

Bring Forward : Home
Bring To Frond : PageUp
Send To Back : PageDown
Send Backward : End

Contoh di sini nak letakkan objek bulat ke belakang objek terdekat, cuma perlu klik objek dan tekan key PageDown kat keyboard (send to back). Ulang tekan PageDown jika perlu kalau ada banyak objek. Kalau nak letak terus sebagai objek paling akhir (send backward) cuma klik objek dan tekan key End.
Sekian dulu untuk kali ini. Jom pandai vector.

Klik object + tekan key PageDown untuk letak object ke belakang (send to back)


Comments