Kagum Seni Syiling Dinar Emas Tempatan

Dinar Syifa - paling bernilai untuk simpanan, mas kahwin, hantaran, hadiah

Cantik tak syiling Dinar Syifa ini? Ini hanya satu contoh Dinar atau wang emas yang harus dimiliki oleh semua umat Islam. Bagaimana nak tahu lebih lanjut mengenai Dinar Emas? Jawapannya ialah dengan mula memilikinya dulu barulah sedikit demi sedikit ilmu dinar dan pelaburan emas akan kita terokai. Semakin mencari ilmunya pula, rasa semakin seronok kehidupan kini, kerana semakin bergaul dengan ramai orang ilmuwan yang baik-baik belaka, mengembara ke merata tempat dan semakin rajin membaca buku. (semoga anak-anakku juga rajin membaca buku ya sebab ibu ayah membaca macam2 buku tebal sejak kebelakangan ini) OK dah lari tajuk, mari kembali kepada mengkagumi seni tempaan syiling dinar di Malaysia. Maklumlah saya pun baru diperkenalkan dengan Dinar, cuma terpanggil untuk menceritakan koleksi yang saya pernah jumpa sahaja.

Sebagaimana menempa emas untuk barang kemas, sesiapapun boleh design dan buat sendiri Dinar. Cuma 1 Dinar dipersetujui supaya mengekalkan berat 4.25 gram bagi berat antarabangsa iaitu mengambil timbangan yang sama semasa zaman nabi dahulu. Ia dipersetujui dengan adanya standard oleh World Islamic Mint (WIM) Ada juga pengeluar yang buat dalam bentuk Setengah Dinar iaitu beratnya 2.25 gram. Ini bagi membolehkan kita mempunyai pilihan untuk menyimpan lebih banyak Dinar memandangkan harga emas sentiasa meningkat. Tambahan pula ia telahpun digunakan sebagai matawang untuk membeli barangan di beberapa negara termasuk beberapa lokasi di Malaysia. Kalau teruja nak tengok orang berurusniaga dengan Dinar dan Dirham bolehlah cari lokasi tersebut atau cari FB Pasar Dinar Dirham.

Sekarang masa terbaik untuk mengumpul koleksi Dinar, sebab nilainya masih mampu milik. Jangan risau pasal laku ke tidak sebab nilai emas tiada sempadan di muka bumi ini. Ketulenannya biasanya kekal sebagai emas padu 917 ke atas. Jadi adakah ia bernilai? Sudah tentu. Mari ketahui 40 kelebihan Dinar (diambil dari www.emasborong.com) :-

40 KELEBIHAN DINAR

1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan
15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan

Comments