Mengabadikan Lirik Lagu ICT Selangor

Salam pagi Isnin, memulakan tugas di jabatan yang telah saya berkhidmat lebih 13 tahun dah! Banyak pengalaman bekerja di sini dan semuanya manis-manis belaka. Jabatan yang kecil ini pun pernah ada lagu tema sendiri untuk projek ICT Kerajaan Negeri Selangor dan saya juga berbangga kerana terlibat dengan Roadshow dan promosi ke seluruh pelusuk negeri Selangor. Semoga ilmu dan pengetahuan yang saya dan rakan-rakan pernah kongsikan dengan masyarakat ketika itu menjadi ilmu yang bermanfaat selamanya (terutama tahun 2001-2007) Hm jadi terfikir untuk mengabadikan lirik lagu sempena Tahun Knowledge-Komuniti TK2 pada tahun 2004 yang dicipta dan dinyanyikan oleh KRU (terima kasih sudi jadi duta TK2 Selangor). Ha mari nyanyi bersama-sama, rasanya lirik masih relevan untuk meneruskan semangat perjuangan ICT kepada masyarakat umum. 
<mula>
Negeri Selangor Pesat Dengan Kemajuan
Membina Masyarakar Menju Ke Arah Wawasan
Bersama Gemilang Dengan ICT

Lengkapkan Informasi Melalui Komunikasi
Teknologi Yang Terkini
Mari Budayakan ICT

ICT..

Bersama Kita Melangkah Ke Alaf Baru
Berteras Budaya kehidupan Yang Penuh Berilmu
Kita Terus Maju Dengan ICT

Lengkapkan Informasi Melalui Komunikasi
Teknologi Yang Terkini
Mari Budayakan ICT

Lengkapkan Informasi Melalui Komunikasi
Teknologi Yang Terkini
Mari Budayakan ICT

Tidak Kira Usia Haruslah Bersedia
Membina Masyarakat Cemerlang Gemilang Dan Terbilang
Melalui ICT

K-Ekonomi
K-Komuniti
E-Kerajaan
Terasnya

K-Ekonomi
K-Komuniti
E-Kerajaan
Terasnya

Lengkapkan Informasi Melalui Komunikasi
Teknologi Yang Terkini
Mari Budayakan ICT

Lengkapkan Informasi Melalui Komunikasi
Teknologi Yang Terkini
Mari Budayakan..
Budayakan..
Mari Budayakan ICT!
<tamat>

Comments