Peluang Mengajar Tok Ketua Kampung ber-Blog!

Assalamualaikum, terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Petaling yang memberi peluang untuk saya dan rakan-rakan mencurahkan ilmu yang tak seberapa ni demi berkongsi cara membuat Blog kepada ketua-ketua kampung di daerah Petaling. Banyak yang saya cuba ingin kongsikan dalam kursus selama 2 hari tapi banyak lagi yang rasanya belum terucap kerana kekangan masa dan perbezaan keperluan yang berlainan bagi setiap peserta. Siapa pesertanya? Ya saya sangat kagum kerana Ketua Kampung sendiri yang datang ke kursus ini.

Berikut antara gambar yang telah dirakamkan oleh para peserta dan saya ambil semula sebab nak kongsikan sekali alamat blog tuan punya gambar iaitu Blog Kampung mereka. Haha terima kasih sudi selitkan gambar saya yang besar ni..segan pulak rasanya..tapi apa pun terima kasih atas perhatian, kerjasama dan semangat yang diberikan sepanjang saya dan rakan mengajar - Puan Roziena :-) Kursus dijalankan mengikut mukim kerana daerah Petaling ada 6 mukim dan tempat makmal komputer pula terhad hanya 14 komputer sekali kelas, jadi semuanya berlangsung selama seminggu dari 24 hingga 28 Februari 2014. Saya ambil inisiatif register sebuah blog khas untuk gerbang semua kampung iaitu Blog Kampung Selangor, alamat blog ialah http://kampungselangor.blogspot.com dengan harapan inilah yang dapat saya tinggalkan untuk unit Pembangunan Luar Bandar Daerah Petaling teruskan niat yang baik membantu promosi kampung-kampung tradisi melayu di negeri Selangor. Saya amat berharap semua kampung di seluruh negeri ini akan turut disenaraikan di sini dan bolehlah unit PLB pejabat daerah semuanya bergabung menambah berita dan cerita di Blog Kampung Selangor. Sekadar berkongsi rasa dan idea :-) 

Gambar semasa mengajar Blog ini dari Blog http://kampungbatu12.bogspot.com

Gambar semasa mengajar Blog ini dari Blog http://padangjawapetaling.blogspot.com

Gambar tok ketua kampung sebagai anak murid semasa Kursus Membangun Blog kampung 2014

Banyak soalan berlainan yang memerlukan perhatian personal-coaching dari rakan fasilitator

Haha besarnya cikgu kan..

Ya sayalah cikgu yang besar tu...anak murid semua jangan marah ya terselit kat belakang tu

Saya tuliskan semua blog kampung yang berjaya dihasilkan. Ya saya memang suka alat bantu mengajar yang boleh tulis manual sebegini..masuk terus dari mata, ligat ke otak untuk ingat, kemudian turun ke hati :-) 

Kemudian saya senaraikan semua blog kampung yang berjaya dihasilkan di sebuah blog khas yang dinamakan "Blog Kampung Selangor" iaitu alamat blog : kampungselangor.blogspot.com  Mari semua melawat dan semoga kampung korang Selangorian disenaraikan di sini juga!
Kalau gambar atau post ini keluar di facebook kelak, kita tag lah sesama sendiri ya. Semoga ilmu kelas pendek kita bermanfaat kepada semua yang hadir..semoga kita dapat banyakkan cerita kampung Selangor di internet ya. Sampai jumpa lagi!!!

Comments