Promosikan Logo Tahun Melawat Malaysia 2014 Kat Blog Dan Label Produk


Korang berniaga? Ada produk sendiri atau bisnes? Tentu ada Blog, Facebook dan lain-lain Media Social? Lebih-lebih lagi kalau korang ada bisnes tak kira kecil besar atau baru nak mula, apa kata letakkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di Blog/Facebook/Facebook Page ini dan ambil kesempatan promosikan produk Malaysia kita ke serata dunia melalui kunjungan pelancong yang datang ke tempat kita. Ya pastikan pelanggan yang beli produk kita bawa balik dan promosi berjalan secara tak langsung kerana label pada produk kita lengkap ada alamat Blog, Facebook, alamat yang lengkap siap negara Malaysia, nombor telefon dengan permulaan +6, emel jangan lupa..kerana itulah pentingnya design label produk betul-betul. Mungkin sebelum ni masih ramai yang tak kisah tentang label pada produk tapi itulah promosi paling berkesan kerana kita tak tahu produk tu dibawa ke mana, masuk cabin flight mana dan sampai kat negara mana.

Saya kasi contoh @Acar Pedas Buah Jeruk seorang kawan sebelum ini dibeli oleh seorang pelajar kita yang nak ke Australia dan berkongsi dengan kawan-kawan di sana. Cuba bayangkan bukankah kawan-kawan sipulan itu ialah bakal pelanggan, jadi Trend sekarang ni orang akan cari nama produk di Facebook terlebih dahulu untuk tengok popular atau tidak dan akan menyangka apabila produk ada Facebook biasanya bisnes itu memang wujud dan senang nak buat tempahan. Begitu juga sesiapa yang ada jual baju jangan lokek jahitkan label produk sebagai label kat tengkuk baju yang biasanya korang letak saiz tu kan..contoh @Azizah Collection jadi orang akan cari nama produk yang sama kat Facebook.

Semoga perkongsian idea yang mudah ini boleh membantu ramai usahawan baru di luar sana :-)


Tempahan Design Label Produk/Packaging/Bisnes card dibuka. Sila emel atau komen atau PM di Facebook.
Contoh design label pada peket jenis bahan makanan..cantik tak peket biasa boleh nampak ekslusif kan?

Comments