Hantar Cetak Gambar 4R Online

contoh perkhidmatan dan harga cetak gambar 4R online
Saya suka belek album gambar macam dulu-dulu walaupun sekarang zaman tengok gambar dalam gajet. Tapi yang tak best nya dah kurang satu "aktiviti" bersama keluarga, terutama seronok kalau cerita dikongsi bersama ibu, atuk, nenek yang semestinya suka bertanya itu ini mengenai cerita di sebalik gambar kan. Hm nampaknya dalam sekarang pun dah banyak koleksi softcopy gambar dalam banyak folder bersepah di komputer, harddisk dan yang masih dalam handphone. Biasanya ahli keluarga akan berkumpul semasa hari-hari cuti atau hari raya tak lama lagi. Jadi baik juga hantar print secepat mungkin, lagipun sebelum softcopy pun hilang kerana harddisk corrupt dan sebagainya! Kita ada pilihan untuk cari harga print gambar dengan harga terbaik sama ada hantar terus ke kedai gambar atau hantar secara online. Sekarang ada banyak kedai gambar sudah menawarkan kemudahan perkhidmatan hantar gambar secara online kerana kita boleh guna teknologi File Sharing seperti Dropbox dan lain-lain kan? :-)

Jadi pagi ni saya jumpa promosi Groupon yang rasanya boleh dikongsi dengan korang yang mungkin juga sedang mencari harga yang OK lah untuk perkhidmatan takyah ke kedai nih ehehe. Katanya untuk 500 keping berharga RM120 iaitu jatuh 28sen sekeping! OK tak..hm lepas tu katanya tambah dalam RM15 untuk pos terus ke rumah/pejabat. Untuk kita yang kekurangan masa ke kedai harga ni kira OK lah, lagipun Groupon ni kena beli cepat jadi tak sempatlah nak rikki tempat lain.
Link Groupon tu kat sini (semasa belum expired) http://www.groupon.my/deals/klang/color-roller-studio/718101340
Haha itu saja cerita hari ini, sekian terima kasih. 

Comments