Selamat Hari Raya

Salam sejahtera. Mood raya lagi terasa di mana-mana. Aman damai Selangorku, aman damai Malaysiaku. Alhamdulilah memulakan kembali tugas dengan jawatan baru tapi skop kerja yang sama. Takpelah kerja makan gaji masih perlu diteruskan, sementara passive income masih masuk terus menerus dalam akaun lain. Sesekali jenguk online banking cuma untuk pastikan masuk tepat pada waktunya. Demi keluarga yang semakin membesar dan tanggungjawab yang semakin tergalas di bahu ini akan kugagahkan kaki ini berdikari di sini, meluaskan punca-punca pendapatan di tanah air sendiri. Bulan Ogos semakin ke penghujung jadi mood baru tiba iaitu mood cuti Merdeka pula. Persiapan sambutan di peringkat negeri dan kebangsaan sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat. Semoga keamanan sentiasa dipelihara di bumi Malaysia tercinta ini. Amin.

Comments