Rangka Kelas Untuk Mengajar Asas Adobe Photoshop

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari.. Dengan rasa rendah diri atas permintaan dan pertanyaan dan carian tentang tutorial Photoshop di blog ini saya akan hadiahkan korang dengan tutorial asas Photoshop dari semasa ke semasa. Sebenarnya dalam proses membuat ebook untuk dijadikan manual rujukan saya mengajar. Mungkin ini sumbangan kecil saya kepada jabatan sekarang semoga bermanfaat dan semoga lebih ramai mahir ICT lepas ni. Bolehlah saya sampaikan ilmu yang berguna kepada orang lain pula. Jadi sambil-sambil berangan mencipta ayat dan copy screenshot saya akan letak dalam blog Designbersamasaya ini yang memang saya tujukan untuk mereka yang minat dan menghargai seni grafik berkomputer terutamanya macam saya yang bukan seorang pereka dan sentiasa newbie dengan software2 grafik ni. Jadi Posting ni akan selalu dikemaskini ikut kesempatan yang ado. Kepada yang dah mahir/pro tu tak perlulah baca lebih lanjut ya segan pula saya kalau2 cara buat projek salah/tak betul/tak tepat sebab ikut pengalaman sendiri jer. OK semoga perkongsian ilmu di blog ini bermanfaat kepada korang.

Nak dijadikan cerita, saya diberi peluang untuk mengajar Adobe Photoshop Asas tak lama lagi dengan jangkamasa kursus hanya 2 hari. Maklumat yang saya dapat, bakal peserta belum pernah guna software ini. Tapi saya boleh mengagak mereka biasa menggunakan editor gambar lain seperti di Handphone masing-masing. Hm jadi oleh kerana jabatan kami ni belum pernah anjurkan sendiri kelas sebegini, saya rangka kelas lebih kurang begini:-

PANDUAN BELAJAR ADOBE PHOTOSHOP ASAS (UNTUK KELAS 2 HARI)

Rangka kelas peringkat asas Adobe Photoshop


*********************************************************
Rasanya ok kut, harap tak padat sangat..harap anak murid happy belajar, dapatlah sedikit sebanyak ilmu dan perturunkan skil yang ado seikhlas hatiku nanti..ehehe ado ke?? Jumpa lagi di Post tutorial nanti!!

Comments