Semua orang boleh jadi Graphic Designer

Sebenarnya semua orang boleh jadi pereka grafik. Hanya nama grafik itu perkataan pinjaman ke bahasa Melayu yang kedengaran agak teknikal dan halangan minda menjadikan ianya berat dan susah. Kalau perasan sejak kecil lagi kita semulajadi boleh melukis. Kanak-kanak kalau diberi peluang melukis ke dinding tentu puas hati walaupun orang dewasa akan kata ianya ialah MENCONTENG dinding. Berbalik kepada perkataan grafik tadi, kita sepatutnya menggalakkan idea-idea kreatif ini disemai menjadi bakat yang akan meningkat seiring dengan usia anak-anak kita, Cuba mengaku siapa yang suka lukis di buku sekolah atau apabila dah dewasa boleh pulak melukis semasa mesyuarat dijalankan..hah itu sebenarnya dia sedang visualkan kata-kata yang tidak kelihatan sepanjang mesyuarat berlangsung..itu memang terlebih kreatif kerana ketika ada kawan lain tersengguk-sengguk mengantuk dia tetap bertahan kerana aktif menyalin minit mesyuarat ikut versi sendiri. Jadi siapa pun anda jangan segan untuk terus berkarya ya. Hanya dengan sedikit kesungguhan untuk terus berlatih..

Comments