Adobe photoshop selamanya

Macam tajuk novel pulak. Begitulah kalau dah suka pada software Adobe Photoshop, kita akan suka dan sentiasa suka pada apa yang dia boleh terjemahkan kreativiti yang ada dalam kepala kita kepada sekeping canvas yang akan dihasilkan. 



Adobe Photoshop ialah Subjek skil dan bakat, iaitu ilmunya mudah diturunkan tapi belum tentu pelajar dapat menguasai sejurus selepas habis pelajarannya. Sekarang trend untuk belajar pantas iaitu banyak permintaan untuk mengajar subjek ini hanya untuk 2 hari! Faham, mungkin akibat bajet dan urusan masa. Sebaiknya siapa yang diberi peluang mengajar software ini untuk kursus pendek sebegini harus tanya dahulu apa projek yang pelajar mahu buat, jadi terus sahaja bersedia dengan tutorial / hands-on dan buat projek sampai jadi. Ini kerana sebagai pengajar kita ada tanggungjawab sebagaimana guru sekolah juga iaitu memandaikan bangsa dengan perlunya menyampaikan terlebih dahulu apa itu grafik, membuka minda pelajar dahulu tentang grafik berkomputer, barulah membuka komputer untuk belajar softwarenya. Hah sedikit cerita tentang mengajar sebab memang sangat singkat masa untuk bercerita 2 hari tu. Saya suka pelajar hadam satu persatu fakta terlebih dahulu barulah mulakan hands-on. Begitu jugalah sebenarnya dengan software lain, walaupun software tu simple je tapi kenalah fahamkan kenapa diciptakan software tersebut supaya pelajar faham hanya guna software yang tepat sahaja dan tak penuhkan storage computer download macam-macam software yang orang cadangkan. 

Hehe sudi ke dengar makcik ni membebel? 

----------------------------------------------------

Sini ada E-BOOK PHOTOSHOP BAHASA MELAYU dengan harga menarik mampu milik untuk korang yang Newbie/baru belajar/nak buat rujukan. Tak kisah versi apa dan selamanya takkan pernah ketinggalan boleh ikut tutorial yang ada. Boleh Whatsapp 016-2484633 untuk serious buyer. 

Comments