Menyemai Minat Adobe Illustrator Melalui Kursus Asas

Amboi macam nak tanam pokok pula semai menyemai ni. Nak cerita sebenarnya pertama kali diminta mengajar tahap asas software Adobe Illustrator oleh sebuah jabatan kerajaan. Kepada semua peserta sudah diucapkan ucapan tahniah kerana berminat dengan software ini. Apa yang dikongsikan semoga menjadi ilmu baru yang berguna demi meningkatkan kemahiran /skill sendiri. Pendek cerita, rasa puas hati kerana kebanyakan peserta pertama kali mengenali software Adobe tetapi terus bertahan menunjukkan minat dari awal hingga habis kelas di hari kedua. Peringkat asas ini ialah pendedahan awal mengenai tools yang ada. Sambil-sambil tu selit cerita mengenai adanya gosip rekaan buruk dengan hashtag #grafikkerajaan yang sangat terkesan kepada saya. Jadi peluang mengajar semalam saya rasakan ada tanggungjawab untuk menyemai minat reka grafik yang lebih bagus supaya tiada lagi hashtag sebegini di kalangan pereka kerajaan. Diharap selepas pendedahan sebegini rekaan grafik akan jadi lebih berkualiti dan kena dengan hashtag baru yang lebih positif..hm apa agaknya ya..hehehe

Kalau ada yang berminat nak adakan kelas dalam kumpulan kecil boleh jer. Berapa kecil? Hm individu sorang2 pun boleh, atau paling ramai pun 10 orang sahaja. Ramai sangat nanti banyak soalan teknikal tak dapat dijawab pula. 
Hah tu je dulu cerita buat masa ni. Terima kasih kepada yang sudi mendengar makcik ni membebel semalam ya. Kalau nak tau teknik selanjutnya boleh lah kita buat projek reka grafik lain pula dengan software canggih si Adobe Illustrator ni ya. 


Comments