Terima kasih sudi turunkan ilmu dan teknik yg Best kepada kami di SUK Selangor selama 2 hari. Sekali lagi usaha untuk semai celik-grafik di kalangan staff suk selangor. Best memang best.
Pada hari terakhir terfikir nak bergambar kenangan bersama-sama saudara Imran kerana sudi datang mengajar ke tempat kami. Kami ni berkursus di makmal komputer yang terletak di tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - hah inilah nama panjang bangunan pejabat kami ni. Ada sesuatu yang unik di tingkat 2 iaitu adanya lambang Selangor yang besar pada suatu dinding yang biasanya kami jadikan latarbelakang bergambar. Jadi terus set dengan semua peserta supaya berkumpul di situ. Sambil tu terangkan kepada saudara Imran kenapa sampai sekarang belum jumpa Tracing Vector logo Selangor yang tepat terutama kat Vectorise. Selama ni kami pun gunalah apa yang ada dikongsi kat website berguna tu..hehe mari cuba trace lagi dan kongsi sampai hampir sama pastu kongsi dengan semua hehe. OK cuba tengok terbaik punya latar belakang kan. Lagi satu ini je lah bangunan klasik/legenda yang masih kekal lagi dinding menggunakan jubin kecil-kecil. Kebanyakan bangunan yang seangkatan dengan zamannya dah ditukar ke dinding moden. Dah masuk cerita tajuk fotografi pulak. OK kepada jurufoto terutama anak negeri Selangor sendiri - yang suka tangkap gambar landskap, bangunan, bolehlah datang ke bangunan klasik ni untuk tambah lagi koleksi gambar negeri Selangor kat internet. Hm promosikan negeri Selangor kita sendiri di dunia fotografi pulak.
|
Terima kasih pengasas Sifoo - saudara Imran Abdul Jabar - atas kesudian mengajar di BTM Selangor |
Sementara beliau berada di Pejabat SUK Selangor, kami ambil kesempatan bawa beliau melihat sudut kreatif yang kami namakan Galeri 5S. Galeri 5S terletak di tingkat bawah (lobi tetamu). Terima kasih sekali lagi sudi menurunkan tandatangan di Galeri 5S sebagai tanda sokongan ke atas usaha kreatif kakitangan SUK Selangor. Banyak kali kami dapat cap jempol (thumbs-up!) untuk tanda bagus dari beliau sebab katanya gambar-gambar di situ menarik. Rasa bersemangat kerana hasil design dihargai jabatan ini terutama yang diabadikan sebagai cornwall besar yang menghiasi cermin di lobi Bangunan SUK ini. Sekali lagi bergambar mengabadikan cap jempol di situ haha.
|
Sifoo waz here |
|
Sifoo waz here |
|
Sifoo waz here |
Comments
Post a Comment
Komen banyak-banyak pun boleh.