CommunicAsia2016 - Conference ICT di Singapura tahun ini

Pameran dan Conference ICT terbesar di Asia kembali lagi iaitu COMMUNIC-ASIA. Tarikh : 31 Mei - 3 Jun 2016. Saje promosikan sebab dekat di Singapura dan tarikhnya sebelum menjelang bulan puasa tahun 2016, jadi sedang eloklah kalau nak join komuniti ICT dan jumpa pemain industri ICT. Siapa yang sepatutnya pergi? Syarikat industri ICT pelbagai bidang dan pemimpin atau di Malaysia ni sektor ICT kerajaan pusat dan negeri iaitu yang mainkan peranan besar dalam penggunaan teknologi ICT di Malaysia. Tahun ni ada tajuk-tajuk majlis ilmu secara Conference yang menarik seperti Smart Cities, kerana diketengahkan apa polisi dan strategi ICT ke arah Smart Cities tu. Hm dengarnya Negeri Selangor sedang direncanakan menuju ke arah Smart Cities jadi mungkin ada rakan-rakan yang perjuangkan ICT di negeri Selangor yang minat nak pergi dan lihat sendiri perkongsian ilmu di sana. Kat sana barulah rasa betapa jauhnya kita ketinggalan dengan pelaksanaan sebenar di sini..jauh ke jurangnya? Hah kena kaji sendiri..lama dah tak ber-konferen sebegini. Saya baca update dan preview je kat sini Website Communic Asia : http://communicasia.com/


Communic Asia 2016 - Singapore
ICT Conference Highlight 2016

Comments