Terharu Santai Qaseh Spa semakin maju - jemputlah datang kawan muslimah sekalian

Selamat maju jaya diucapkan kepada pemilik SANTAI QASEH SPA - bernama YAYA - berbisnes hanya dari rumah. Beliau pernah bekerja di kedai spa dan sekarang sudah berumahtangga dan buat satu keputusan yang sangatlah bijak iaitu mengusahakan Homespa untuk muslimah. Pada saya bisnes ini sangat diperlukan zaman sekarang sebab wanita dah semakin kurang pengetahuan menjaga kecantikan diri secara semulajadi terutama kesibukan bekerja dan tinggal jauh dari orang tua untuk mendapatkan macam-macam petua supaya sentiasa sihat dan cantik secara semulajadi. Dengan skill yang beliau dapat dulu dan pengalaman merawat pelbagai masalah pelanggan, menjadikan beliau berani mengambil keputusan menerima tempahan rawatan dan menguruskan keperluan pelanggan sendiri di rumah. Sambil bisnes sambil beramal katanya, sebab puashati dapat bantu masalah wanita. Semakin hari semakin banyak idea beliau untuk mempromosikan perkhidmatan di homespa beliau. 

Ini design bunting asal, hasil buah fikiran kami bersama. Mula-mula memang takde idea pasal nak visualkan homespa, lalu kami gunakan gambar-gambar pasal spa yang free dari internet. Maklumlah tak boleh dedahkan gambar pelanggan, kecuali guna gambar sendiri lah. tapi biarlah orang kenal produk/jenama Santai Qaseh Spa dulu baru kenal pemiliknya hehe. Sekarang ni YAYA semakin kreatif mempromosikan sendiri di Facebook dan sibuklah membalas mesej-mesej PM, Whatsapp. Gitulah trend bisnes sekarang interaksi pakai Handphone je. 

Rasanya kalau nak hantar printing Bunting/Banner kat Shah Alam ni nampak banyak iklan printing murah, masih ada yang kekal RM1 sekaki, ada yang dah naik RM3 sekaki - kalau nak murah biasanya kena order banyak boleh dapat 45sen sekaki.. Tapi untuk membantu usahawan kecil sebegini kena lah cari yang murah dan boleh order sekurang-kurangnya 1 keping. OK teruskan usaha YAYA. Teruskan menyampaikan ilmu tentang penjagaan diri semulajadi tu kepada pelanggan, ramai yang malu bertanya dan tak kurang juga yang tak tahu nak tanya apa. Saya suka orang yang suka berkongsi ilmu. 

Design kecil untuk mudahkan mobile promotion dan dijadikan flyers


Comments